Program Kitar Semula dan Pembudayaan Amalan Hijau

31 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu – 30 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah menghadiri Program Kitar Semula dan Pembudayaan Amalan Hijau di SMK Engkilili atas jemputan pihak Majlis Daerah Engkilili dan kerjasama pihak SMK Engkilili. Terdapat juga Pusat Internet yang lain yang menghadiri program tersebut iaitu Pusat Internet Engkilili dan juga Pusat Internet Spaoh yang turut hadir.Program diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di Dewan Tiang Laju SMK Engkilili.

Program ini diadakan bagi memberi kesedaran secara berterusan kepada masyarakat tentang kepentingan alam sekitar. Program ini diadakan di sekolah ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya untuk memberi pendidikan awal kepada masyarakat tentang penjagaan alam sekitar. Selain itu, penerapan program 3R (reuse,recycle,reduce) turut menjadi topik utama dalam ceramah untuk dijadikan langkah mengatasi pencemaran alam sekitar.

Disamping itu, Pihak Pusat Internet secara tidak langsung turut memberikan penerangan tentang MyFreeview kepada para pelajar dan guru-guru yang datang ke booth Pusat Internet. Terdapat banyak aktiviti yang diadakan oleh pihak Pusat Internet seperti menyusun puzzle, mencari kata dan juga meniup bola terapung.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Senam robik dan Pertandingan Poster
2. Sesi Pameran
3. Ceramah Amalan Hijau dari NREB
4. Aktiviti Alam Sekitar
5. Tayangan Video
6. Perasmian Program
7. Jamuan Tengah hari
8. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali